Ahad, 26 Februari 2012


ape kabar korang? harap2 korang okey2 je la..hehe

kalo korang nk tau aku bru lepas eksiden tau..so aku mc 2 hari..x tau lak nk wat pe. huhu.

ntok mengisi kebosanan aku kat rumah ni, (nk blaja, tp buku sume kat skola, balik x drancang pon) aku pon sje je la intai2 blog kwn2 aku. siyez aku rindu dorang sume.adohh.

aku asalnye dari skola annuriah, skola yg x femes pon. skola swasta. time aku fom5, aku pindah ke salah satu skola SABK, iaitu Al-Asyraf..kat sni okey la, aku dapat ramai member2 baru, yg lg okey kot dari mmber2 aku kat MANAD dlu..huhu.. time ni jgak la aku mule bercampur ngn budak2 luar, like budak sayyidah khadijah, darul falah, ehya al-karim n others. aku mule bercampur ngn dorang pon dari program2 yg aku join. aku ni rajin sket kalo ade program2 ni, budak2 ni sume malas. *ceh3... dats y selalu aku sorang je wakil budak lelaki smasra join program2 luar..hehee..

start aku join program luar time karnival jaim. aku masok pertandingan khat, alhamdulillah dapat nmber 3. padahal budak2 ade lg power. huhu..time ni la aku kenal budak2 luar like amirul fitri mazlan, khairul bariyyah, & hidayah ehda..

second aku join program luar time program SKOR A peringkat SABK JAIM,.. ntah nape cikgu pilih aku, bg aku ramai lg yg layak. cam dak jai, longchan, biawak, genji dll.,,.nk xnk terpakse ikot je la..lgpon aku sorang je laki skola aku beb..huhu..mule2 takot gak ar, sebab xde mmber an.. tp lame2 tu ok la sebab kwn aku mirul fitri ade skali ..yela KP tahfiz chenderah, msti la die ade..hee..time ni jgak aku kenal budak sorang ni,  hehe..die la elsa lolla, budak mereng gile kat dunia..! yela aku kan jadi photographer korang time SKOR A siri 1..mybe agak femes..hahaha!

smenjak aku kwn ngn si mak ecah (elsa lolla) ni, aku mule kenal ngn mmber2 die..cam si fasilatido, farah hazwani, mardhiah maher dll..act ade yg da jadi kwn baek aku da skang.hehe..
absolutely aku terpranjt gak ar bile aku amek stam sme2 ngn si fasilatido , mardhiah maher, izzati anuar ni..yela slame ni bertemu di alam maya jer, tup tap skang ni belajar kat tempat yg sme..huhu..

aku ni jenis pemalu sket, so aku takot2 la nk tegur korang..sorry,,huhu..lgpon korang kelas laen kan..bukan sme ngn aku pom..so susa nk borak2..nway aku harap kite dpt bersaing la dalam stam ni..aku jgak harap sgt2 korang habeskan stam. jgn la mudah mengalah.. ACTUALLY si Fasilatido ni. kejap je kate nk pndah.. kau bole la, aku yakin.. mintak tolong kat mmber2 kau..dorang sedia mmbantu.. :)

emm, ade budak cakap muke aku ni garang, susah nk senyum..act aku senyum dalam hati jer..korang mne tau..kui3.. tp ntah ar, mybe muke aku mmg camni kot.. garang..bengis, ..tp hati aku sentiase dipenuhi ngn tumbuhan tropika tau..hahaha.. :D

Rabu, 1 Februari 2012

Tombo Ati (OPICK)


Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

Ya Allah...


Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah.. dengan kebesaranMu yang di bawa bersama kalimah basmallah.. kami memohon kejayaan yang hakiki.. yakni kejayaan dari sisiMu.. sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui erti kejayaan dari diri kami yang kerdil ini.. malah, telah Kau tetapkan segalanya yang terbaik untuk kami.. sekiranya kejayaan dalam peperiksaan kali ini merupakan sebahagian dari rezeki kami.. janganlah dengan kejayaan itu, ia menjauhkan kami dariMu.. sekiranya kegagalan dalam peperiksaan ini merupakan satu ujian untuk kami.. maka Kau teguhkanlah hati kami.. moga dengan kegagalan itu, kami lebih dekat denganMu.. kerana tidak ada yang lebih mengetahui sesuatu melainkan Engkau.. Ya Allah, telah kami berusaha, namun mungkin segala usaha kami tidaklah sehebat sesetengah dari kami yang lain.. ada tikanya kami terlalai dari tanggungjawab kami.. moga Kau maafkan kealpaan kami.. telah juga kami berdoa.. dan Engkau jualah Yang Maha Mendengar.. dan akhirnya kami bertawakal kepadaMu.. moga pilihan kami sentiasa merupakan pilihan terbaik buat diri kami.. sesungguhnya telah Kau bentangkan dua jalan untuk kami.. dan tiada yang ketiga, tiada juga yang di tengah.. maka Kau tetapkanlah hati ini untuk sentiasa memilih jalan yang lurus.. jalan yang membawa kebaikan kepada kami.. kebaikan dalam erti kata kejayaan hakiki.. tidak hanya dunia yang sementara.. tetapi akhirat yang selamanya itu yang lebih utama.. Ya Allah, Kau tidak pernah menzalimi hambaMu walau seberat zarah sekalipun.. dan tidak pernah Kau bebankan hambaMu dengan bebanan yang tidak dapat hambaMu pikul.. maka dengan itu, Kau tunjukkanlah kami.. Kau bimbinglah kami.. Kau terangilah kami.. jalan-jalan untuk kami menuju ke syurgaMu.. jadikanlah kejayaan dalam peperiksaan kali ini satu batu loncatan buat kami menegakkan agamaMu.. dan janganlah Kau lalaikan kami dengan kejayaan itu, setelah kami diberikan kejayaan.. Moga kami semua terus tsabat dalam memperjuangkan agamaMu.. tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.. dan di atas ketaatan kepadaMu.. dan di atas jihad pada jalanMu.. amin ya Rabbal ‘alamin..

........................ku Mencari.........................

Sudah jauh ku telusuri....
Mencari bahagia yang hakiki...
Di sisi teman-teman...
Namun belum ku temui.....

Ku telurusi lagi semakin menjauh....
Pada cintanya seorang kekasih....
Namun yang punya hanya gelisah....

Ku terus mencari dan mencari....
Sambil itu ku menanti tibanya bahagia....
Menghitung hari...
Meniti masa....
Berlalu dengan jiwa yang kosong....

Ku bertanya pada diri....
Dimanakah lagi harus kucari.....
Menitip sekelumit bahagia....
Mengundang ketenangan....

Hari-hari yang berlalu....
Bersama kerinduan yang semakin berat....
Kemana haluan rinduku yang tak bertepi ini....

Titisan air mata menangisi yang tidak pasti....
Arahku keliru....
Cukup keliru....
Ku mencari apa yang ku perlu....
Ku mencari apa yang ku keliru...
Hatiku merintih pinta diisi...

Sesekali ku terjaga dari alpa....
Yang ku perlu cinta Dia...
Yang ku keliru cinta dia...
Ku mencari cinta Yang Maha Agung....
Ku rindu hembusan kasih dariNya...
Hamparan jalan kebenaran...
Penuh cahaya menerangi kegelaoan....
Sarat ketenangan abadi....
Mendamaikan setiap hati-hati yang mencari....

Kini ku mata hatiku terbuka....
Destinasi yang kucari kini kutemui.....
Ku mencari cintaMu Ya Allah....
Mengharap maghfirahMu...
Menagih mardhotillah...

Surat Cinta Buat Jiwa


Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya. Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan ruh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yag masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya


" Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "

Wallahu?alam bisshawab

P/S : SemOga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat
berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat-sahabat tercintaku..... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah".

Suara hati sang pengemis Cinta Ilahi



PEMILIK CINTAKU INI..

Kita memang boleh punya pilihan, tetapi pilihan Allah untuk kita adalah jauh lebih baik. Oleh sebab itu, saya tidak lagi merancang apa-apa kini melainkan hanya tunggu dan lihat... Rasanya, saya telah usahakan apa yang termampu..

Ya Allah, andainya telah kau takdirkan dia adalah jodohku, maka temukanlah kami dalam keadaan kami benar-benar bersedia untuk menunaikan sebahagian daripada syariatMu, iaitu pernikahan. Tetapi, andai ia tidak seperti yang aku harapkan, maka jauhkanlah dia dari pandangan dan hatiku. Amin ya Rabbal alamin.

Tolong ingatkan si Dia..


.Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana akhlaqnya.

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta. Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya...