Rabu, 14 November 2012

Warkah Buat Sahabat STAM 2012



Pandangan hidup yang islami pada diri seseorang Muslim akan tergambar pada pelbagai tugas (kewajiban) yang harus dilaksanakannya dalam kehidupan seharian. Tugas-tugas itu hakikatnya adalah hukum-hukum syarak yang digali dari nas-nas syarak, yang berkaitan dengan realiti kehidupan yang dihadapinya dalam pelbagai interaksi yang dilakukan.

 Memahami hukum syarak yang berkaitan dengan aktiviti seharian, adalah fardhu ‘ain bagi seorang Muslim. Namun mempelajari hukum syarak yang tidak berkaitan dengan aktiviti sehari-hari, adalah fardhu kifayah (An Nabhani, 1953). Seorang petani wajib memahami hukum-hukam syarak tentang tanah, penyewaan tanah pertanian, musaqat dan sebagainya. Seorang doktor pula wajib memahami hukum syarak tentang perubatan, pembedahan mayat, pengguguran janin, pemindahan organ tubuh, pengklonan dan sebagainya. Seorang tentera pula harus mema-hami hukum tentang jihad, tawanan, perdamaian, perjanjian, harta rampasan perang, dan sebagainya.

Demikian pula seorang mahasiswa, dia seharusnya memahami hukum syara’ yang berkaitan dengan kegiatannya sehariannya sebagai mahasiswa. Disamping itu, seorang mahasiswa Muslim adalah secara de facto adalah seorang Muslim, maka dia wajib memahami kewajibannya yang utama dalam kedudukannya sebagai Muslim.

Alhamdulillah, saya telah dibesarkan dalam persekitaran Islam, menjadi pelajar Islam, dan juga mempunyai ramai kawan beragama Islam seperti saya.

Saya sedar, peranan yang harus dipikul oleh saya sebagai mahasiswa Islam ialah:

a) Menjadi generasi pewaris : Iaitu generasi yang  meneruskan nilai-nilai murni yang ada pada sesuatu kaum sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 21 surah at-Thur.

b) Menjadi generasi pengganti : Iaitu generasi yang menggantikan kaum yang telah rosak dengan nilai yang lebih baik seperti mencintai Allah, lemah lembut kepada orang Islam, tegas terhadap orang bukan Islam dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 54 surah al-Maidah.

c) Menjadi generasi perubah : Iaitu generasi yang memperbaiki dan memperbaharui kecacatan yang ada pada sesuatu kaum sebagaimana yang dinyatakan pada ayat 42 surah Maryam.
                                                                                 
untuk pengetahuan antum semua, kesedaran tentang perjuangan yang harus dipikul oleh seorang muslim semakin 'matang' dalam diri saya apabila saya mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia di SMA AL-ASYRAF. Keadaan persekitaran yang agak baik, guru-guru yang selalu menerangkan tentang perjuangan SAW, serta diri ini dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang baik membuatkan saya semakin sedar akan perjuangan yang harus saya lakukan untuk menegakkan kalimatullah di bumi ini sekaligus mengembalikan kegemilangan Islam seperti suatu ketika dahulu.

di sini saya ingin memperkenalkan sahabat-sahabat seperjuangan saya di STAM SMASRA 2012..


abang kite yang hensem cam roberto carlos ni namenye jundullah..die lebih dikenali dgn name pak jundowo sakartono..hehe..gurau je jun..die la antare orang terawal mendiami baitul ujrah..sorang yang happy go lucky je..tak pernah marah2 pon..bagus die ni..untung banget sape dapat die ni..haha :D ..ape2 pon gudluck utk ko ye jun..smoge dapat merancang sesuatu yg baik pd mase hadapan.. (#dengar-2 die nk sbung belajar kat sukabumi, indonesia lepas STAM ni..mntak-2 menjadi kenyataan..amin...


yang cam ustaz ni lak amirul fitri namenye..kitorang pnggil die syeikh je..jugak salah sorang yg terawal menduduki rumah puake baitul ujrah tu....sorang yang baik, zuhud, fana'..sorang yg banyak bantu kitorang dalam pelajaran..inshaAllah akan jadi seorang ulama' mujtahid satu hari nanti ye..amin..hehe :)




orait, yang cam mamat korea ni lak aizat namenye..seorang yang obses trhadap kartun, jugak seorang yg periang..tak pena tengok die mara2 pon..senang ar nk sekepala dgn die..jugak geng syabab baitul ujrah aku..satu kepala ngn jun n mirul..



ha, yg cam bonzer comey ni syukri namenye..orang panggil die baby #ala bucuk2..haha.. x ar gurau je..jgn mara syuk!! :P ..seorang yg baik, lembut, tp kuat perli org..haha..jugak seorang yg agak sasa..mane taknye tiap2 hari pump-in..badan da cm big show da..keh3...die ni member lame aku,,start dari annuriah lg..kire aku da tau la perangai die cane..geng FLY aku jugak time kat annuriah dlu..ngeh3...


mamat poyo berkacamata hitam ni hanif namanya..seorang yang hensem, macho dan kacak..haha..seorang yg minat pada bidang perubatan islam..geng syabab baitul ujrah.. lepas STAM ni nk belajar di pondok ya?? gue doakan lo berjaya dunia akhirat dehh.. :)


budak yg cam samurai tak cukup makan ni name die fahdzil..member time aku start masuk smasra..sorang yg periang, kuat menceceh dan kuat tido! haha..:P  satu kelas dgn aku..sorang yg brilliant terutama dalam bidang mathematics..haha..ape2 pon aku doakn kau dapat sbung morocco ye..n jadi pak ustat! 


abang kite yang muke cam ulama' besar ni namenye firdaus a.k.a. wanted.. seorang yg mangkau giler..suke naw gado ngn aku..haha... takde la gurau je..nway ko mmg bestt la ted.. aku jumpe ko nanti aku nak tumbok muke kau puas2..hahaa :P


abg kite sorang ni pulak name die Ikhram..seorang yang hebat dalam sukan bola tampar..die kalu spike, perghhhhhhhhh.. mule kenal time fom5 at smasra..sorang yang macho, smart, hensem, kacak,..ape lg?? hehe..ape2 pon gudluck la utk ko eh SAM..



Abang yang tenga khusyuk bace quran ni name die wafie@wapend..seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah.tu pasal la jadi ketua kelas..hehe..seorang yang pandai, brilliant dan juge pndai melawak kot.. (?????????????)


sorang ni pulak name die asyraaf rahim.. kawan lame time fom5 lg..sorang yang sentiasa happening je..tp kalu die marah mampos ar..seorang yg mahir dalam seni mempertahankan diri.. (whatt????)


jejaka berkacamata hensem ala Harry Potter ni lak name die hefez..seorang yang mempunyai rupa yg agak garang, tetapi mempunyai hati yang sangat lembut, selembut softlan..hehe..sorang yang baik, ttp jgn buat die naik angin..kalo agak2 nk kene hekk kepale buat le die marah eh...hehe


budak yang kelihatan agak poyo ni bernama Iskandar..ktorang panggil dedaw jer..ni aku nak cakap panjang sikit sebab die kawan paling lame aku..aku start kawan dgn die time aku fom1..time era annuriah dulu..seorang yang amat periang.. (x panjang pon!!)


abang kite bersongkok ni lak name die zilfahmey..seorang yang sempoi, baik, dan x lupe kawan..salute for u n goodluck for your life... :)


Selain tu, saya juga mempunyai rakan-2 seperjuangan daripada kalangan kaum hawa....


                                                       

yang cam robot ni mardhiah maher..


akak kite yg cam indiana jones ni name beliau Afiqah..


Khairunnisa' Siti Aishah bte Asran..


Nor Syuhada Bahari..


ops!! Anis Nasir..



Nabilah Li..


wohoo!! Syuhada Omar..


Zawin Najah..


Najiha @ jijijijiji @ alang..


Nabihah @ achik..


Marziyah Zahra..


Nasyitah @ Widad..


Hazirah Narion..


Huda..


Murnirah Mansor..


Amirah Syuhadah @ Misyu..


 wanie lazan..


Hayati..


Khairina Zainal..

Nuha Izzati..


Ziha Ishak..


Aina Mardhiah..

                                                 

Hajar Romainor...


Nur Fatini..


Syazwani Haniyah..@ Ummi,..


Kak Yam..


Najihah @ Jijeng..


Azmira @ Along..


Ummu Syakirah..


Zawani..


Aziemah...


Tasnim..



Inilah sahabatku seperjuanganku...

Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, dikau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.

Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Secara jujurnya, berbagai cerita kurang enak aku dengar dari setiap bualan, pelbagai kutukan aku dengar dari setiap bisikan, tetapi aku menjadikannya sebagai penguat semangat utk terus membaiki diri.  Aku memang suka berkawan dengan sesiapa sahaja. Pintaku, janganlah menganggap ianya sesuatu yang buruk kerana tiada sedikit pun niat buruk yang terlintas di hati ini dalam berkawan dengan seseorang itu. Sesungguhnya koranglah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.

Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.

Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.

Sebagai mahasiswa Islam, kita memegang tanggungjawab yang besar dalam menyiapkan diri menghadapi cabaran mendatang. Lantas, tidaklah tepat sekiranya mahasiswa Islam hanya berpeluk tubuh dan membuang masa tanpa melakukan tanggungjawab. Nasihat utk diri sendiri dan utk korang, binalah diri kita, pahatkanlah sejarah dan ciptalah zaman. Moga dengan tanggungjawab yang dilaksanakan akan dapat mendaulatkan Islam suatu hari nanti.

sedikit gambar saat kita bersama..















Diriku selepas ini perlu kuat dan perlu bergantung setingginya pada Allah. Mungkin tiada perkongsian rohani daripada sahabat-sahabat, seperti kuliah kecil-2 yang diadakan di rumah sewa, tetapi perlu mencari sendiri. kena usaha lebih. Rajin-rajinkan diri mendengar kuliah-kuliah di corong-corong radio dan juga medium-medium lain.

Andai tidak sempat bertemu, harapan tinggi aku agar kita dipertemukan di syurga.

Bila kita berpisah nanti, jadikan doa rabitah pengikat hati dan doa harian sebagai tanda kita mengingati sahabat kita. sahabat yang baik akan mendoakan sahabatnya yang lain tanpa pengetahuannya.

Akhir kata, aku harap tali persahabatan kita tidak akan terkubur begitu sahaja. Bertemu dan berpisah hanya kerana Allah..

Berpisah?? ya, memang satu adat. setiap pertemuan ada perpisahan. ini hanya perpisahan sementara sahaja, tapi boleh jadi juga satu perpisahan buat selama-lamanya. siapa tahu, Allah yang aturkan semua.

Tapi, harapan aku tinggi agar dipanjangkan umur untuk bertemu dengan sahabat-sahabat semula... Semoga kita dalam satu barisan selam-lamanya. jom kita dengar lagu ni..khas utk korang..hayati liriknya yep.. (klu nk dgr kat page ni kene tunggu lagu background habes dulu lah ye) 





#P/S : Tujuan catatan ini ditulis adalah untuk menjadi bukti persahabatan ini terus mekar dalam ingatan sekalipun bedekad, berabad, mendatang..aku sayang korang semua..maaf juga kalau marah aku ambil gambar korang..hee~ (^_^)

~SALAM UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA~