Jumaat, 9 November 2012

MUTIARA KATA

❖ Berbahagialah dan lafazkanlah syukur apabila melihat insan di sekelilingmu memperoleh nikmat yang tiada terhingga dari Yang Ilahi. Sucikanlah hatimu dari perasaan cemburu dan hasad dengki, kerana itulah racun berbisa yang bakal menghancurkan ukhwah sejati
Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar (Al-Hadis)
 
❖ Berlakulah adil dalam menghakimi sesuatu perkara. Jangan terlalu memihak diri, menuding jari ke kanan dan ke kiri sehinggakan terlupa untuk bermuhasabah apa kurangnya diri. Perbaiki diri, agar dirimu lebih baik pada hari ini
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah..," (An-Nisa: 135)
 
❖ Apabila niat disalah ertikan, jalinan ukhwah yg ingin disambung dianggap mencari pergaduhan. Apabila persoalan diaju utk sebuah kesahihan dianggap ingin mempertikaikan segala. Apabila diri marah, diluahkan kata bodoh dan semua. Melompat syaitan kerana impian kini sudah terlaksana. Bersedihlah wahai hati, kerana dirimu hanyut dek dunia. Pulanglah, kerana pintu taubat itu masih terbuka seluas-seluasnya

❖ Apabila keikhlasan mula menghilang, kasih di hati kian memudar, senyuman tiada lagi manisnya, bicara indah kini menikam jiwa, persahabatan tiada lagi berteman kejujuran, hati tiada lagi memutih seperti sebelumnya. Suburkanlah keikhlasan, agar bahagia dan tenang hatimu selamanya 
(Beribadahlah) dengan ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya (Al Hajj: 31)
 
❖ Usahlah berlari ke kanan dan ke kiri untuk mengelakkan masalah yang datang menimpa hati. Jangan dinafikan segala dan menuduh sesuka hati sekadar untuk melepaskan diri dan rasa. Hakikatnya, masalah tidak akan selesai selagi ia tidak diselesaikan 
"Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan," (Al-Insyirah: 5-6)

❖ Usahlah memutar belit untuk menegakkan benang yg basah walhal jika ditiup ditarik sekalipun ia akan jatuh meliuk juga. Allah mengetahui walau sebesar zarah apapun dalam hatimu, maka berkatalah benar walau sepahit mana pun ia
"Dan janganlah kamu campur-adukkan yg benar itu dgn yg salah, dan kamu sembunyikan yg benar itu pula, padahal kamu semua mengetahuinya,"(Surah Al-Baqarah: 42)
 
❖ Berhati-hatilah dlm meluahkan apa sahaja bicara mahupun sebarang tinta yg berunsurkan kata-mengata mahupun hina-menghina. Tiada insan yg sempurna dan usahlah digembur-gemburkan kekurangannya, kerana apa yg diludah ke langit mungkin akan terjatuh terkena diri
Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut (H.R. Al-Tirmidzi)

❖ Mencari sahabat sejati bagaikan mencari sebiji benih yang terselit dalam semak berduri. Bersedialah untuk dilukai, namun jangan mengalah untuk terus mencari. Andai sudah kau temui, sayangilah dirinya sepenuh hati, dan suburilah ia dengan hati yang ikhlas dalam diri, agar dirimu juga menemui cinta Ilahi. 
Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat. Dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari (Saidina Ali)

❖ Umpama pohon, siramilah dirimu dgn kalimah dari Tuhanmu, agar diserapi akar hatimu menzahirkan akhlak terpuji yg harum mewangi. Patahkanlah duri-duri mazmumah yg bisa menyakiti insan lain dan manfaatkanlah dedaun lebatmu untuk meneduhkan segala apa yg berada di sekelilingmu
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintaimu..," (Ali-'Imran:31)

❖ Ujian dan dugaan yang berkunjung; hadirnya tiada dijemput, tibanya juga tiada diseru. Datangnya ia dgn satu tujuan; agar dirimu dan si Pencipta dapat didekatkan. Sabarlah hati dan penuhilah ia dgn ketabahan
"Orang mukmin sama ada lelaki atau perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T sama ada dirinya, anaknya atau hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikit pun,"(HR Tirmizi)
 
❖ Segala apa yang telah berlaku, biarkanlah ia berlayar ditiup bayu. Jangan dikotorkan hati nurani dengan segala perasaan yang kurang baik. Ambillah apa yang bersinar dan tinggalkanlah apa yang menggelap
“... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An-Nur: 22)
 
❖ Duhai hati nurani, jangan dicari apa kurangnya insan lain. Jangan pernah merasakan diri sempurna segala sehingga dirimu lupa akan kekuasaanNya. Bersyukurlah dengan segala nikmatNya, pasti dirimu dekat selangkah mendekati Ilahi

❖ Serahkanlah hari-harimu pada Dia yang menciptakan langit dan bumi, dan yakinilah bahawa adanya nikmat kelapangan setelah adanya kesulitan
"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu," (Al-An'am;17)

❖ Bersangka baiklah dan jangan kerana hanya sehelai yang dibaca, namun membuat konklusi tentang keseluruhannya. Mungkin apa yang diketahui hanyalah sebahagian daripada keseluruhan cerita dan mungkin ada sebahagiannya yang belum diselongkari
"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu perbicaraan yang paling dusta." (Hadis Riwayat Muttaafaqun alaihi)

❖ Jangan sesekali mudah untuk melemparkan sebarang prasangka buruk terhadap orang lain tanpa sebarang bukti dan sekadar serkap jarang. Apa yang diberi, itulah yang akan kita dapat kembali. Berbahagiakah kita andai insan lain yang suka melemparkan pelbagai tohmahan terhadap kita tanpa sebarang bukti? Selalulah berbaik sangka terhadap orang lain, dan itu pasti lebih dekat dengan Ilahi.
Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia, maka hendaklah dia berbaik sangka terhadap orang lain (Imam Syafie R.A.)

❖ Setiap wanita dilahirkan jelita, bergantung kepada empunya diri sama ada ingin mengindahkannya dengan akhlak mulia atau sebaliknya
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

❖ Jangan pernah meluahkan bicara "diriku tidak mampu melakukan itu semua," walhal diri tiada pernah mencuba walau sedikit pun. Jangan dihalang kemampuan diri, jangan disekat kebolehanmu, kerana hanya Dia yang tahu sejauh mana keupayaanmu  
❖ Selalulah kita mendoakan kebaikan dan kejayaan ahli keluarga,sahabat handai serta muslim dan muslimah yang lain. Jangan lupa untuk sentiasa berusaha meraih kejayaan dan jadikanlah hari ini lebih baik dari hari sebelumnya
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya tanpa pengetahuan saudaranya itu, maka malaikat yang ditugaskan untuk itu akan berkata "Amin" dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga," (Riwayat Abu ar Darda' R.A)

❖ Sebelum dirimu melelapkan mata, membuai mimpi dan seterusnya menghadapi hari esok, jangan pernah lupa untuk memaafkan insan yang pernah melukakan hatimu walau sedalam manapun ia berparut. Jangan dikotorkan jiwamu dengan dendam dan iri hati. Bersihkanlah sesucinya hatimu, sebagai persediaan untuk menghadapi Ilahi

 Kejayaan pasti akan datang menemuimu walaupun pada awalnya dirimu menghadapi seribu satu kegagalan. Tabahlah teman, dan teruskanlah usahamu. Jangan pernah berputus asa walau sebegitu sukar manapun ujian yang datang menguji ❖
“..Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..,” (Al-Baqarah: 286)

 Jadikan setiap detik dan harimu yang berlalu itu produktif, jangan sesekali disiakan masa dan jangan sesekali dihanyutkan oleh kelapangan kerana setiap saat yang pergi takkan dapat diputar kembali 
Ingat lima perkara sebelum lima perkara. Sihat sebelum sakit. Tua sebelum muda. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati.

❖ Usah dibiarkan diri terganggu dengan perkara remeh temeh walhal diri seharusnya fokus seratus peratus pada kejayaan yang ingin dicapai
✿ Don't focus on problems. Focus on solutions! ✿

❖ Bukan semua yang dibaca, dilihat, didengar itu benar segalanya. Tapislah dengan penapis akal dan agama. Ambillah yang baik dan tinggalkanlah apa yang kurang baik

❖ Pandanglah segala yang manis dalam hidupmu. Usah digusarkan segala kepedihan hari ini. Hidupmu itu lebih banyak manisnya dari semua yang pahit

❖ Bukalah mata seluasnya dan lihatlah jutaan kebaikan dalam dirinya daripada diri terhendap-hendap mencari secebis kekurangannya

❖ Takkan pernah terlambat untuk berubah. Bukalah lembaran baru, namun jangan pernah dilupakan pengajaran dan pengalaman yang lalu

 Jika kamu melakukan sesuatu untuk manusia, sehingga ke detik terakhir sebelum ditiup sangkakala pun belum tentu dirimu memuaskan hati semua. Niatkanlah setiap gerak gerimu untukNya, pasti kamu tiada akan tergugat sedikitpun jika ratusan memuji, ribuan menghina dan jutaan mengherdik

 Coraklah dirimu sebagaimana mahu hatimu kerana hanya dirimu yang menentukan segala peribadimu hari ini

 Jangan pernah gusar dengan kritikan yang membina. Manfaatkanlah sebaiknya, agar hari esok akan lebih baik dari yang telah pun berlalu

 Bersyukurlah dengan segala nikmat yang dikurniakanNya padamu hari ini dan ambillah pengajaran dari segala perkara yang pernah berlaku dalam kehidupanmu sebelum ini 

 Jangan pernah meletakkan masalah dalam hatimu, kerana hanya Dia yang seharusnya bertakhta di situ
“…Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (Ar-Rad, 13: 28)

 Apapun permasalahan yang dihadapi, berbaliklah kepada agama. Jalan penyelesaiannya pasti ada disana. lurus perjalanannya dan tiada menyimpang dari yang seharusnya

 Andai diri dicipta berpengaruh, manfaatkanlah ia untuk kebaikan. Diberikan nikmat sedemikian olehNya pasti bukan sekadar ada. Halakanlah ia ke jalanNya

 Hebatnya insan apabila agama menjadi pegangan, ilmu dalam genggaman, pengalaman dijadikan pengajaran dan akhlak mulia menjadi amalan

 Takkan terlepas insan dari melakukan kesilapan. Namun jangan biarkan ia berlalu percuma. Manfaatkanlah sebaiknya, agar tiada berulang perkara yang sama

 Setiap cerita kehidupan pasti ada pengakhirannya. Dan indahnya, penghujungnya mampu insan tentukan sama ada penamat yang membahagiakan atau sebaliknya

 Andai kata sebutir mutiara telah dimilliki, jangan sesekali alpa dan hanyut dalam tarian ombak. Teruskanlah menyelam, mencari sinaran mutiara dalam lautan diri

 Jadilah seperti ikan, berada di laut tidak masin, berada di sungai tidak tawar, berada di paya tidak payau

 Bicara dan nasihat selembut bayu, bisa mendamaikan jiwa, bisa juga menghasilkan ombak yang menghempas keegoan pantai menjadi debu

 Teruskanlah berlari mengejar impian. Teruskanlah melangkah mengejar kejayaan. Jangan digusarkan akar pohon yang menghalang. Akan tiba satu saat, yang lain tiada mampu mengejar kerana anda sudah jauh maju ke hadapan

 Kita dipilih Allah di antara berjuta mereka yang lain untuk bernafas di duniaNya yang sementara ini. Bersyukurlah dan gunakanlah setiap saat yang ada sebaik mungkin untuk membawa kita ke syurgaNya kelak

 Bersusah-susahlah dahulu di waktu usia masih muda, tenaga masih banyak, tangan masih gagah, minda masih cergas agar dapat bersenang-lenang pula di hari muka

 Penuhilah hati dengan sifat dan akhlak terpuji. Pasti bahagia dan senyuman datang menemani

 Setiap insan dilahirkan untuk menjadi hebat. Jangan dibataskan dek takut akan kegagalan. Jangan disekat dek kekurangan ilmu. Jangan dihalang dek terikat dengan acuan bangsa. Biarkan setiap kehebatan diri mengalir keluar dan atasilah setiap halangan. Akan tiba saatnya anda berada di puncak kejayaan 

 Adakalanya kegagalan diperlukan untuk membakar kembali semangat yang malap. Yakinilah bahawa adanya hikmahnya dan positifkanlah kegagalan itu sehingga ia menjadi peledak semangat buat diri

 Keinginan manusia tidak pernah mencukupi. Ada sahaja yang tidak memuaskan hati. Bukalah mata, hayatilah kehidupan mereka yang lebih sukar. Pasti diri akan mensyukuri segala yang dinikmati

 Kematangan tidak perlu diwar-warkan. Hanya tindakan si empunya diri yang menentukan

 Salam kejayaan buat insan. Kita dilahirkan untuk mencipta kejayaan

 Sekiranya ingin berjaya, bergurulah dengan mereka yang sudah mencapainya, bukan dengan mereka yang hanya pandai berkata-kata, bukan juga mereka yang mengikut acuan semata-mata 

 Menangis kesedihan saat diri didatangi permasalahan. Wahai diri, sedarkah engkau akan permasalahan itulah juga yang mendekatkan dirimu dengan Yang Maha Kuasa? Yakinilah pada Dia. Dia menyayangiMu, akan sebab itulah Dia menjadikan perkara itu sebegitu, agar dirimu sentiasa mengingatiNya 

 Perbaikilah diri dari hari ke hari. Keluarkanlah yang terbaik dalam diri 

 Bermadah melahirkan idea, cara penyampaian haruslah selari dengan si pendengarnya. Mengikut rentak. Berstrategi. Sedikit demi sedikit, akan menyelusupi hati, meninggalkan kesan 

 Bermimpi mencapai sesuatu, haruslah meyakini bahawa ia mampu berlaku. Dengan itu, barulah perancangan boleh dilakukan satu persatu 

 Jadikanlah rezeki yang dicari berada di genggaman untuk digunakan ke arah kebaikan, bukan di hati yang menjana ketamakan.

 Wanita Sejati; Membina ketegasan dalam kelembutan

 Indahnya mimpi menguliti diri, Impian kejayaan tingginya tiada terperi, Hati mula menanya diri, Kenapa hanya bermimpi sedangkan ia boleh menjadi realiti? Berazam pada diri, Ingin melangkah lebih jauh lagi!

 Terapkanlah keikhlasan dalam diri, pasti senyuman manis datang menemani

 Tatkala cinta menyapa, hati tiada dapat berahsia, jiwa tiada mampu menyusun kata, reaksi tidak terdaya menyimpan rasa, senyuman terlakar meluahkan bahagia 

 Usahlah berbicara menjaja kehebatan yang masih belum dicapai. Belajarlah untuk merendah diri. Pasti itu lebih dekat dengan Ilahi 

 Wanita sejati umpama bunga, kuntuman mekarnya menyerikan dunia, harumnya semerbak memberi ketenangan di jiwa 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan