Sabtu, 1 September 2012

ALHAMDULILLAH...

Aku bersyukur dengan kehidupan yang aku jalani sepanjang hari..kerana aku masih mempunyai sahabat-sahabat yang sejati di mana mereka sentiasa berada di sisi tatkala gembira mahupun kesedihan menyelubungi hati. Sangat bersyukur pada Allah kerana dikurniakan sahabat-sahabat serta adik-adik yang sangat mengambil berat dan sangat memahami. Walau mereka berada di tempat yang jauh, sentiasa berkirim kha
bar dan doa serta kata-kata semangat. Sehinggakan, air mata kesedihan tidak pernah sempat untuk menjengah di kelopak mata dikala dalam kesedihan. Sebaliknya, senyuman sentiasa terukir di bibir bilamana kata-kata semangat yang sungguh menceriakan dan menyentuh hati diiringi doa tidak henti-henti menjengah di handphone dan juga di facebook. MasyaAllah… Syukur yang tidak terhingga pada-MU Ya Allah… :')

Tiada ulasan:

Catat Ulasan